saya minta maaf kawan2 kerana telah mengpublishkan sesuatu yang hampeh pagi tadi… memang tak ada kena mengena dengan kondisi saya sekarang… sebab, ianya telah ditulis tak lama dulu sewaktu saya menulis entry ini . waktu saya betul2 tensi dengan seseorang tu… dan, semalam, saya tengok2 balik draft saya yang lama, tiba2 saya rasa macam suka je… dan, saya publishkan… hehehe.. mengada2 sungguh saya ni kan… agaknya, satu hari nanti, bila saya betul2 dalam situasi begini lagi, orang dah taknak percaya… huhu…
ok lah, tiga hari ni, darwisy demam.. agak kuat juga. pernah mencecah 40.3 degree.. kami sungguh risau.. dan, hari rabu, saya ambil keputusan untuk tidak menghantar dia ke taska. tak sampai hati nak hantar memandangkan dia tak sihat sangat… manakala, hari semalam dan hari ini, papa pula yang ambil cuti untuk jaga darwisy.. thanks papa.. saya sangat2 sibuk dan tak dapat ambil cuti lama2… tapi, Alhamdulillah, hari ni darwisy dah beransur baik…
saya nak tanyalah, kalau kalian, sekiranya anak kalian sakit, adakah kalian hantar juga ke taska/pengasuh atau kalian ambil cuti dan jaga anak di rumah? setakat ni, CRK (cuti rehat khas) saya hanya disimpan untuk kes2 sebegini. maknanya, saya simpan untuk jaga darwisy sekiranya dia tak sihat. sudahlah cuti kami hanya 7 hari.. terpaksalah saya berjimat cuti supaya saya tidak perlu menghantar darwisy ke taska waktu sakit. papa juga begitu.. cuti kami sama.. dan kami akan bergilir mengambil cuti supaya adil.. hehehe…
semalam, saya mendapat panggilan telefon dari majikan taska. dia bertanyakan saya, adakah saya tak menghantar darwisy ke taska kerana berita yang saya dengar.. saya pun hairan. berita apa? saya tak ada dengar apa2 berita tentang taska tu pun.. rupa2nya, baru2 ni, ada kes kematian bayi berumur 3 bulan di taska tersebut.. saya tahu tentang kes tu.. tapi, saya tak tahu rupa2nya kes tu di taska darwisy… sungguh kasihan… kepada ibu bapa bayi, dan juga majikan taska.. entahlah.. katanya, bayi tersebut memang sudah tidak sihat. tapi, ibu bayi tersebut tetap menghantar bayinya ke taska.. saya tak menyalahkan taska. juga tak menyalahkan ibu bayi tersebut. saya juga tak boleh percaya 100% apa yang majikan taska tu cerita.. sebab saya tak mendengar lagi dari mulut ibu bayi tu.. mungkin, sudah ajalnya di situ… doktor juga tidak suspect apa2 dan tidak membuat post-mortem terhadap bayi itu… tapi, ye lah.. mulut orang yang menjaja cerita… macam2 cerita yang keluar… saya bukan nak mempertahankan taska tu.. hantar kat mana2 pun sama. kalau dah sampai ajalnya, ditangan kita sendiri pun boleh jadi.. saya teringat kata2 khadijah, ibu kepada nur fatimah yang juga meninggal dunia di taska baru2 ni, yang saya petik dari blog littlemama,
“Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang ‘jaga’ dia adalah Allah..”
sedihkan? tapi, saya bertawakal kepada Allah.. semoga Allah melindungi darwisy, dan semua anak2 yang berada di bawah jagaan orang…











