car seat

“kak ngah, kak ngah.. baru ada sorang anak, kak ngah.. tak tau lah macam mana bila dah ada 3-4 orang anak nanti…” mak ngah membebel bila tengok aku masukkan darwisy dalam car seat sewaktu mahu pulang ke rumah selepas berkunjung ke rumah dia setahun yang lepas. bukan mak ngah je yang menggelengkan kepala. Ramai lagi orang yang hairan dan memandang serong pada aku bila meletakkan darwisy dalam car seat.

Kenapa? Aku pun hairan.. diorang beranggapan meletakkan anak dalam car seat menandakan aku malas nak pegang/riba anak aku sepanjang perjalanan.. mungkin.. tapi itu bukan sebab utama. Sebab yang paling utama kenapa aku dan papa beria-ia belikan car seat untuk darwisy hanyalah sebab keselamatan darwisy. dah banyak kita baca dalam akhbar, bayi yang tercampak keluar dari pangkuan ibunya sewaktu kemalangan. dengan adanya carseat, sekurang-kurangnya, aku cuba mengurangkan risiko seandainya sesuatu yang buruk berlaku. sedangkan aku sendiri, papa akan bising sekiranya aku malas mengenakan seat belt. Ini pula darwisy yang masih kecil..

Selain dari sebab keselamatan, ianya memudahkan aku membawa darwisy ke mana-mana tanpa papa. Sebab tu aku selalu bawa darwisy untuk aktiviti di sekolah. Mudah. Ye lah, papa selalu sibuk dengan aktiviti dia sendiri, jadi aku lah yang kena mengusung darwisy ke mana sahaja… :P

Aku sangat risau dan marah bila tengok dalam kereta orang, yang anak-anaknya bersuka ria di tempat duduk belakang tanpa memakai seatbelt. apa lagi kalau kanak-kanak tu berdiri di tengah-tengah.. bahaya sungguh. Kita tak tahu bila boleh berlaku kecemasan. Bila-bila sahaja boleh jadi. Walaupun kita sekadar memandu dalam jarak 100 meter. Sayangkan nyawa anak-anak anda. biarlah mereka menangis kerana terpaksa pakai seatbelt. jangan mereka menangis kerana menanggung kesakitan. usahalah untuk keselamatan. kalau dah usaha, tapi jadi juga, itu lain cerita… kuasa Allah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan…

Ada banyak cara untuk mengelakkan anak menangis/bosan duduk di car seat. kalau bayi 0-1 tahun, boleh berikan mainan supaya dia tidak bosan. kalau kami pulang ke kampung atau perjalanan jauh waktu darwisy baby, kami akan membawa beberapa mainan kegemaran dia untuk dia main/lontar sewaktu dalam perjalanan. dan, kalau baby 1-3 tahun, boleh pasangkan lagu kegemaran dia. macam darwisy, dia sangat suka dengar zikir/mengaji. jadi, sepanjang2 perjalanan pasang je lah.. jadi, dia akan diam.. :) . kalau kanak-kanak dalam 3-4 tahun, mungkin boleh bagi buku yang menarik. cuba lah..

Tapi, jangan pula fikir, bila dah ada carseat, kita boleh bawa kereta laju selaju-lajunya. malang tak berbau. tak semestinya ada carseat, kemalangan tak boleh berlaku terhadap baby. ada banyak sebab yang perlu diperhatikan. contohnya, pegangan seatbelt pada carseat, kedudukan carseat, seatbelt untuk baby, dan sebagainya.

panduan menggunakan carseat:

1. Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul -
a) Kerusi menghadap ke belakang
b) Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar

2. 9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg -
a) Kerusi menghadap ke hadapan
b) Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar

dan juga, jangan sesekali mengubahsuai carseat anda.

Aku tak memaksa sesiapa pun untuk membeli/menggunakan carseat. Terpulang apa sahaja cara anda untuk meningkatkan tahap keselamatan anak-anak sewaktu dalam kereta. Yang penting, lakukan apa sahaja untuk keselamatan anak-anak dan keluarga kita… berusaha, dan bertawakal.. :)

P2160237

16 thoughts on “car seat

  1. hmmm…adam smpi melalak2 mcm nak putus kepala kalo duduk dlm car seat.

    punah keazaman yg dr dulu konon2 nak biasakan dia dgn car seat.

    puncanya?
    sbb slalu is susukan dia otw ke rumah sitter sblm gi keje.

  2. melalak sampai mcm nak putus kepala? huhu, itu memang kesian tuh… hehehe..

    tak pe is, asalkan mama dia kuat memegang dia dan dia tak lasak dalam kereta… :) kalau darwisy, lasak bebenor.. tu yang kena letak dalam car seat jugak.. huhu

    saya dulu, susukan darwisy sebelum keluar rumah, sebab nak kena hantar dia sendiri.. takleh susukan sambil drive.. heheheh

    nanti boleh ajar pakai seatbelt pulak… :)

  3. Salam..awak ke sya! saya kenal le..selamat berukhuwah..moga sentiasa memberi manfaat kepada orang lain…Selamat hari guru..moga menjadi pendidik yang memberi inspirasi! salam ingatan…

    penghuluwati

  4. tikah – tak balik minggu ni… awak kata nak datang sini minggu depan.. konvo bila?

    shela – memang senang bawak darwisy dalam kereta kan? jangan pegang je.. kalau pegang dia, alamatnya pening kepala kita dalam kereta tu.. hehe

    ummushifa’-
    salam bayah…

    tak sangka boleh jumpa semula dalam blog ye… :)

  5. DARWISY MEMANG LASAK DALAM KETER,KE DEPAN KE BELAKANG, DEKAT CERMIN PON BLEH NAIK CERMIN DEPAN BOLEH NAIK, DOK ATAS LANTAI, PAS 2 BILA SEBUT NAMA MAMA TERUS DUDUK DIAM…

  6. huda – tu lah, lain kali kalau nak bawa darwisy naik ‘angsa’, kena lah bawak carseat sekali….

    shela – go go chayok, shela! hehehe… kalau kita nak gi jalan2, kena bawak dua carseat lah ye… :P

  7. dalam unser dia diam jer…dalam keter awak waktu tunggu beli sate 2…kan sebelum dia naik unser da kene marah ngan tok walid dia baik jer dalam keter sampai tido..sampai uitm baru bangun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s