kahwin muda + belajar

ada seorang kawan aku pernah cakap, satu hari nanti nak jemput aku ke universiti dia mengajar untuk forum mengenai ‘berkahwin semasa belajar”.. hehehe. ye, ye je.. macam lah aku best sangat kahwin masa belajar dulu…

err, memang best pun… :P (bukan ayat gatal ye nih, hehe)

pada aku, kami mengambil keputusan yang sangat tepat dengan mendirikan rumahtangga pada tahun akhir pengajian kami. iye lah, dah jumpa dengan pilihan hati, buat apa tunggu lama2. lebih baik berkahwin sahaja dari tak sudah2 ber’couple’.

soalan pertama walid waktu aku menyatakan keputusan kami, “lepas kahwin, boleh sambung master ke?” huhu.. sudah tentu boleh.. tapi, belum kesampaian lagi. masih dalam perancangan.. dan juga, walid paling risaukan keputusan peperiksaan aku. dia paling risau kalau result jatuh. tapi, aku yakinkan pada dia, bahawa aku boleh belajar dengan lebih baik selepas berkahwin. mana taknya, aku berkahwin dengan pelajar yang sama2 jurusan dengan aku, cuma major yang berlainan..

banyak sebab kenapa kami mengambil keputusan untuk berkahwin. di universiti, dialah merangkap kekasih, dan juga sahabat baik aku. kami boleh berada dalam satu kumpulan assignment. Alhamdulillah, kami bersikap profesional dan tidak mencampur adukkan hubungan dengan kerja. dia juga adalah teman study aku. bukan aku tidak punya kawan yang lain, tapi sejarah hitam dikatakan perampas kekasih orang buat aku tak percaya lagi dengan teman2 satu batch aku. biarlah satu hari Allah sahaja yang membalasnya. aku tak menyimpan dendam, apatah lagi dia sudah pun meminta maaf. tapi, itulah, Allah sahaja yang akan membalasnya. aku juga risaukan kalau terpaksa posting berjauhan dengan dia.. tak sanggup.. jadi, baik kami kahwin dulu sebelum isi borang posting.. hehehehe

ok, berbalik semula berkahwin semasa belajar :P.. setelah berkahwin, kami tinggal menyewa di rumah murah. yang kelakarnya, ruang tamu rumah kami, tak langsung menggayakan rumah biasa. ruang tamu hanya ada rak2 buku dan meja study kami. mesti nak tahu bagaimana dengan perbelanjaan harian kami kan? dari sebelum kahwin, kami dah berjimat. aku juga mengambil jawatan tutor sambilan untuk kursus genetik dan biologi asas. jadi, Alhamdulillah, tak pernah kami dalam keadaan duit ’0′ sepanjang belajar. memang jimat gile lah… hehe.. nak hidup..

selain dari berhati2 dengan duit, kami juga study dengan mudah. lebih mudah aku kira.. kerana tidak lagi terganggu dengan benda2 luar. walaupun berkahwin, kami tetap pelajar.. kerja kami hari2, hanya belajar, belajar, belajar dan buat tesis. tak ada masalah untuk belajar. pergi balik kelas ada orang tolong hantar dan ambil.. PC rosak ada orang boleh tolong tengokkan.. kalau mengantuk ada orang tolong ingatkan.. seronok belajar bersama2 sambil bantu membantu antara satu sama lain. tak payah nak keluar2 dating lagi.. :P eh, keluar juga.. masa dah kawin lah nak dating lebih2.. keluar tengah malam.. hehe…. dan, bila keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan, aku dengan gembiranya call walid (biasanya walid call aku dulu sebab berdebar2 nak bagitahu) nak bagitahu keputusan kami… walaupun bukanlah di kelas pertama, sekurang2 nya result kami maintain… jadi, perkahwinan bukan alasan untuk malas belajar… malah, itu menjadikan kami lebih mudah dan bersemangat untuk belajar..

aku mula risau bila nak daftar praktikum di semester akhir. risau kalau berjauhan dengan suami, sudahlah aku tiada pengangkutan, rindu pula nanti. Alhamdulillah juga staf unit latihan baik dengan aku dan sudi membantu dalam menempatkan kami di sekolah yang sama di kuala kangsar. Alhamdulillah sangat..

di sekolah, kelakar… orang2 yang tak nampak kami datang sekolah bersama, langsung tak menyangka yang kami ini suami isteri. iye lah, kami langsung tak menunjukkan di depan diorang.. pengetua dan pentadbir yang lain juga terkejut.. tapi, aku tak nak mencampurkan hubungan dengan kerja. biar profesional. jangan nanti disebabkan kami, pasangan2 pelajar yang lain tidak dapat praktikum di sekolah yang sama.. kami mencipta sejarah bila menjadi guru praktikum pertama di sekolah itu yang turut mengajar di kelas yang sama… :)

habis sahaja praktikum, kami balik ke kampung papa dan terus bekerja. waktu tu papa bekerja di tesco dan aku bekerja di kilang. Alhamdulillah, murah rezeki kami. walaupun abah bising2 kenapa kami nak terus bekerja. dia suruh kami berehat dulu.. takkan lah kami nak menyusahkan dia.. kan kami dah kawin.. jadi kami perlu menanggung diri sendiri.. dan, tak lama kemudian, kami dapat posting seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni… Alhamdulillah.. segala kepayahan kami dulu, terbalas rasanya… :P

kepada pelajar2 yang ingin berkahwin, sedikit nasihat dari aku;

1. niat perlu betul.. jangan kahwin kerana nafsu.. kahwinlah kerana Allah…
2. dapat restu ibu bapa dulu… itu penting..
3. walaupun berkahwin, ingat, prioritynya adalah belajar. jadi, belajar perlu diutamakan..
4. kena saling bertolak ansur dan sabar. jadikan berkahwin sebagai satu semangat untuk lebih berjaya..
5. jangan jadikan perkahwinan sebagai beban.. perlu saling memahami..
6. mesti kena jimat. melainkan ada sumber kewangan yang lain…
7. bijak bahagikan masa..
8. sanggup hidup bersederhana..

hmm, ini aje lah yang aku teringat buat masa ni… yang penting, fikir sehabis baik, dan dapatkan persetujuan semua…. :)

kahwin2

kahwin

About these ads

36 thoughts on “kahwin muda + belajar

  1. wahida – eh, nasib baik kak ngah kawin awal… kalau tak ida kena tunggu abang long kawin.. hehehehe….

    shela – comellll??? hahahaha… sekarang lagi comel sebab bertambah tembam.. tengok muka dulu2 macam main2 kawin jek.. hehehe… thanks shela… :P

  2. cikgu berdua mmg profesional
    masa mula2 ckg mengajar tu x expect lgsg yang ckg berdua dah kahwin..
    bila ingat2 balik memang kelakar
    sampai skrg kalau sebut ckg sya, mmg kawan2 senang ingat. (isteri ckg yassir tu).hehehe
    kawan2 ramai yang kirim salam.
    diaorg teringin tengok muka baby….hehehe

  3. kalau niat hendak mendirikan rumahtangga tu ikhlas,insyaAllah r/tangga tu xde masalah kan?
    anyway,entri ku juge psl kawin..hoho..cam mmpunyai pmikiran same cm kite jek..hehehe

  4. ainul – alhamdulillah ainul.. berkat kesabaran.. moga2 berkekalan… :P tiap orang ada bahagian masing2… hehehe

    anis – hah? balik2 cikgu yassir jugak yang diorang ingat… hehehe.. bagitahu diorang, kalau nak tengok muka baby cikgu, bukak lah blog cikgu.. hehehe…
    p/s: kitorang pun ingat kat korang tau… :P

    krsty – betul tu krsty.. insyaAllah, Allah bantu orang2 yang benar… :)
    ha ah lah krsty, sama lah… agaknya sekarang tengah mood romantika d’amor kut… hehehe

  5. kak yong, betul tuh..
    restu ibubapa tu penting.. kalau tak ada restu, susah di kemudian hari…
    mula lah nak minta tolong ibu bapa pun payah… :)

  6. shela – betul tuh.. :P

    irtiyah – irtiyah pun kahwin masa belajar ye? sama… hehehe… ada orang pandang serong pada pelajar yang kahwin masa belajar ni… tapi, saya rasa, lebih baik dari bercouple tanpa ikatan kan? asalkan tahu tanggungjawab… :)

  7. saya setuju dgn pendapat saudari, ceritanya menggerakkan hati saya untuk bg komen sebb kenalan saya pun dalm bidang yang sama,,
    dalm perancangan nak kawin masa belajar jgak
    sekrg ni ngah fkir mcmn nan bgtaw ibu bapa
    harap2 semua setuju ngan perancangan saya dan si dia,
    lagpun tak elok kenal lama-lama kan?..:-))

  8. sy plan nk kwin…tp xtau jln yg dplih nih btol ke x….sy ngn pkwe blaja dtmpt yg sama dri f6 lg…smpai ke u…dan dpt jurusan yg hmpir sama…kdg2 kels pom skali…tp sdkit risau tkut2 pas kwin khidpn lg sulit..tmbhn tok hbes blaja lg 2taun..sy sdkit segan bler brjmpa ttp tiada ikatn..tmbhn pula boleh dkatakn semua kawan2 n pnsyarah2 tau tntng hubngn kami..bleh g pndpat x apa yg perlu sy lakukn???..sy btol2 tgh keliru skrng..

  9. salam kak,
    saya da de pilhan hati.kami sebaya.umur same2 21..masih lg blaja..
    cane ea kak nk pujuk gtau makabah niat hati nie..saya ank sulung, contoh kt adik2 sye. niat ati dlu nk nikah pas abes study.kumpul duit kit2.tpi ble bce artikel ni wat sye ase tggjwb sbgai ank xkn abes smpei ble2. da kawen pn still ley balas jasa mkabh.artikel ni wat sye ase nikah time stdy lebey baek. tadee da kuar dua2 tanpa ikatan.sye sndri ase x selesa..
    cane ea kak ,btoi ke kptsan sye

    • kena fikir dulu, catatkan dulu pro dan kontra kahwin masa belajar ni.
      memang tanggungjawab kita pada mak ayah takkan habis. tapi, bila dah kahwin, tanggungjawab tu semakin bertambah.
      tengok keadaan kita, mampu ke kita nak pikul tanggungjawab tu. jangan nanti, yang digendong keciciran, yang dikejar tak dapat.
      apa2pun, kahwin masa belajar bukan mudah. kita nampak mudah, tapi untuk memudahkannya sangat sukar. perlukan hati yang sangat kuat, sabar dan tabah….

  10. Pingback: blogger indonesia cinta batik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s