hmm, seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, aku, papa dan darwisy pergi merehatkan badan dan fikiran di rumah peranginan morib. memang dah lama papa sebut2 kat aku nak pergi tidur satu dua malam di morib, tapi aku buat tak tahu je. sebab, aku rasa, ala, dekat je morib tu kan.. bila2 boleh pergi.. dalam diam2, papa dah book rumah di rumah peranginan morib.. hmm, hari bapa, tapi papa yang plan kan? tak patut.. hehehe…
awalnya, aku asyik cakap, hmm, buat apalah nak pegi morib.. bukan best pun. sampaikan papa kecik hati sebab aku macam taknak pergi… tapi, bila dah sampai.. subhanallah.. terpaku mata aku. kawasannya memang cantik.. dan, aku terpandang satu banner “zon wifi percuma”.. yeehaa… best! nasib baik bawak laptop..
bila masuk rumah, pun pada aku cantik dan luas.. jauh lebih cantik dari rumah di PD. ok la, memang selesa sangat… tak sangka pulak aku rupa2nya kawasan ni cantik… yang aku hairan, rumah nya banyak betul bilik air. dua di dalam dan dua di luar.. (oh, rupa2nya bilik air di luar tu untuk mandi selepas mandi laut.. takut pasir masuk rumah. sebab rumah ni rumah kayu…) yang seronok juga untuk keluarga yang ada anak2, kat sini ada banyak mainan.. gelongsor, buaian, jongkang jongkit… tempat bbq pun banyak.. dalam kepala aku dah plan nak ajak family aku buat family day kat sini pulak nanti… nak tak?


bercuti kali ni, aku bawa beras, dan bahan mentah untuk memasak. memang plan nak memasak. dah duduk sini, aku malas nak keluar2 lagi.. kata nak berehat kan.. jadi, nak berehat sepenuhnya.. tapi, keluar juga sebab nak beli ubat nyamuk.. banyak nyamuk lah…
petang, aku goreng apa yang patut, dan kami berpiknik di tepi pantai.. pantainya tak sebersih pantai di PD.. tapi, ok lah.. darwisy lah yang paling suka.. petang jumaat, air surut.. jadi, darwisy main air laut di lopak2.. kesian darwisy. tapi dia seronok betul jumpa air..



hari sabtu, pagi2 tu hujan hingga ke tengahari. nasib baik semalam dah ke pantai.. tak ada lah ralat sangat. tengahari, masak dan makan.. petang rilek2 lagi.. lepas tu turun ke pantai dan piknik lagi… kali ni air tak surut macam hari sebelumnya.. darwisy macam tak jemu2 main air… seronok betul.. tengok aje gambar2 kat bawah ni… tapi, tak dapat nak ambil gambar cantik2 untuk contest bayi cinta alam.. haa, iklan sikit, kalau sesiapa nak join contest bayi cinta alam, meh la join ratuhati.com…





tengok, dia ngamuk...
ok, ahad balik… rasa macam sayang nak tinggalkan tempat ni.. tu lah kan.. hari tu macam tak suka nak pergi.. sekali dah pergi, terus jatuh hati… err, abang.. nanti kita pergi lagi ye… hehehe…



salam
seronok dapat bercuti macam ni. Merehatkan minda, lari dari rutin dan merapatkan hubungan kekeluargaan.
comel………….
macam mak uda dia…
irtiyah – memang, bila bercuti sekali sekala.. rasa segar badan dan fikiran. biarlah dekat pun, yang penting, lari dari rutin biasa… jom bercuti!
huda – sape yang comel? mama darwisy? papa darwisy? atau darwisy?
best kan…bila tgk sume happy,kita pun eppy..
Ahahaha!! Macam pakcik botak tgh main air laut.. Err… emelkan gambau2 pakcik botak tu…
shela – ha ah shela.. memang best.. cepat2 book shela..
omar – pakcik botak? hah? mano pakcik botak tu? tunjuk kat eden ni haa… next week ekau datang jo lah umah eden ni, nanti ekau copy… hehehehe
Err…. Ape maksud di sebalik ayat-ayat berloghat itu wahai mama darwisy?
salam… sya.
book banglo ke?
kami pon dah book banglo, nk bercuti awl july ni. family day dlm 20org… tu yg tnye tu.
ish, bukan ekau terer ke loghat nogori ni?
nak gambar darwisy, meh la datang rumah… banyak.. comel2 lagik.. hahaha.. puji anak sendiri..
nanti kita buat family day kat morib nak?
salam mamahusna,
kitorang duduk kat rumah berkembar je..
book berapa banglo? kalau banglo, ada 3 bilik.. ada dua bilik air kat luar.. kat dalam tak pasti..
tapi, kalau rumah berkembar, dua bilik, dan dua bilik air kat dalam, dua bilik air kat luar..
tengok rumah banglo tu, memang besar laa…
bestnya nak buat family day.. tempat bbq pun betul2 depan banglo tu…
tulah dah ckp best…. x caya….. dahlah cantik, ada wifi bilik air byk.
dh booking banglo utk tahun depan . 14-16 mei 2010. klu nk buat family day …booking kan 1 rumah lg.
wei..tak aci ni..asyik cuti2 mesia jer..jelas i tau!hehehe..berapa RM sewa tu?roger cepat!mao buat proposal kat ‘menteri kewangan’ ni..hehe
lame nye tak pi morib walaupon dekat je huhu..last sekali pegi 2 thn lepas..bawak adik jenjalan..
haii…seronoknya pi bercuti! Saya tak pernah sampai lagi kat morib ni.
ok, roger… buleh la tu buat family day… nanti balik meeting.. nak tunggu family day “pulau tioman” payah sangat…… ntah bile nye..
abg – tahun depan? lambatnya!
della – hahaha, kitorang cuti tempat yang murah2 jek… hehehe.. kalau rumah 2 bilik baru RM50 semalam.. book online kat RPP..
Farah – wah, lama tu tak gi… padahal dekat je dengan kampung kan… hehe.. sebenarnya kitorang pun jarang jugak pegi.. husband yang teringin sangat nak tido kat situ..
maz – jom la maz gi morib… ala, murah je.. nanti kalau nak gi calling2 la kita.. boleh tolong tunjukkan jalan..
omar – tu lah, nak gi tioman entah bila laaa.. gi morib je lah.. hahahah
ingatkan dh shoot dh pix darwisy kat pantai morib…
amik le…kan cantik2 tu
ala krsty, darwisy duk seronok sangat dengan air.. susah betul nak ambil gambar dia posing.. sudahnya yang ada gambar dia main sendiri dengan air je… huhu.. lagipun, mama dia ni tak terer mengambil gambar… hehehehe
syg…thn dpn je yg free banglo…….. 14-16 mei 2010
hari lain penuh….
tp rumah berkembar selalu kosong……
tioman…..>>>>>>>>>> tunggu bonus 3 bln gaji hahahhahahahah
ala abang, kita duduk rumah berkembar tu pun dah cukup luas…
bila lah nak dapat 3 bulan gaji..
nak titot…
jom plan cuti sama-sama nak?
huda – jom lah..
kak ummi – haaa… best! best! jom! nak gi mana? tapi jangan tempat mahal.. nanti husband suruh tunggu bonus 3 bulan.. hehehehe