MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

P4250066-crop

P4250063-crop

P4250064

**gambar2 di atas adalah khas untuk mombloggersplanet cutest baby in car seat contest sahaja, sewaktu kenderaan berhenti. untuk kenderaan bergerak, seatbelt perlu dipasang merentasi bahu.

P2160237

**cara yang betul memakai seatbelt.

nama: muhammad darwisy arafat
tarikh lahir: 03.01.2008

walaupun dah banyak entry yang aku tulis mengenai car seat.. tapi, untuk masuk contest ni, aku akan buat entry mengenai car seat lagi… jadi, entry ini mungkin ada sedikit persamaan dengan entry yang lama-lama. (kalau pernah baca lah.. :P)

aku ada lah seorang yang amat menitik beratkan keselamatan dalam kenderaan. jadi, awal-awal lagi semenjak kehadiran darwisy, kami telah membelikan darwisy car seat sebagai salah satu langkah keselamatan untuk membawa darwisy di dalam kereta. walaupun ada yang beranggapan aku seorang ibu yang malas memegang anak dalam kereta, tapi aku tetap dengan keputusan untuk meletakkan anak aku di dalam carseat.

Sebab yang paling utama kenapa kami beria-ia belikan car seat untuk darwisy hanyalah sebab keselamatan darwisy. dah banyak kita baca dalam akhbar, bayi yang tercampak keluar dari pangkuan ibunya sewaktu kemalangan. dengan adanya carseat, sekurang-kurangnya, aku cuba mengurangkan risiko seandainya sesuatu yang buruk berlaku. sedangkan aku sendiri, papa akan bising sekiranya aku malas mengenakan seat belt. Ini pula darwisy yang masih kecil..

Selain dari sebab keselamatan, ianya memudahkan aku membawa darwisy ke mana-mana tanpa papa. Sebab tu aku selalu bawa darwisy untuk aktiviti di sekolah. Mudah. Ye lah, papa selalu sibuk dengan aktiviti dia sendiri, jadi aku lah yang kena mengusung darwisy ke mana sahaja… :P

Aku sangat risau dan marah bila tengok dalam kereta orang, yang anak-anaknya bersuka ria di tempat duduk belakang tanpa memakai seatbelt. apa lagi kalau kanak-kanak tu berdiri di tengah-tengah.. bahaya sungguh. Kita tak tahu bila boleh berlaku kecemasan. Bila-bila sahaja boleh jadi. Walaupun kita sekadar memandu dalam jarak 100 meter. Sayangkan nyawa anak-anak anda. biarlah mereka menangis kerana terpaksa pakai seatbelt. jangan mereka menangis kerana menanggung kesakitan. usahalah untuk keselamatan. kalau dah usaha, tapi jadi juga, itu lain cerita… kuasa Allah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan…

Ada banyak cara untuk mengelakkan anak menangis/bosan duduk di car seat. kalau bayi 0-1 tahun, boleh berikan mainan supaya dia tidak bosan. kalau kami pulang ke kampung atau perjalanan jauh waktu darwisy baby, kami akan membawa beberapa mainan kegemaran dia untuk dia main/lontar sewaktu dalam perjalanan. dan, kalau baby 1-3 tahun, boleh pasangkan lagu kegemaran dia. macam darwisy, dia sangat suka dengar zikir/mengaji. jadi, sepanjang2 perjalanan pasang je lah.. jadi, dia akan diam.. :) . kalau kanak-kanak dalam 3-4 tahun, mungkin boleh bagi buku yang menarik. cuba lah..

Tapi, jangan pula fikir, bila dah ada carseat, kita boleh bawa kereta laju selaju-lajunya. malang tak berbau. tak semestinya ada carseat, kemalangan tak boleh berlaku terhadap baby. ada banyak sebab yang perlu diperhatikan. contohnya, pegangan seatbelt pada carseat, kedudukan carseat, seatbelt untuk baby, dan sebagainya.

panduan menggunakan carseat:

1. Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul -
a) Kerusi menghadap ke belakang
b) Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar

2. 9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg -
a) Kerusi menghadap ke hadapan
b) Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar

dan juga, jangan sesekali mengubahsuai carseat anda.

*contest ini adalah anjuran MOMBLOGGERSPLANET dan hadiah tajaan PHOTOBOOK MALAYSIA dan ALICEWONDERS

mari join beramai2! :P

12 thoughts on “MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

  1. kalo kat oversea memang diapply peraturan guna seat belt kat budak ni. dari baby sampailah ke orang dewasa. yang baby memang kena dok dalam car seat. kalo tak kena saman.

    good luck to you, Sya… akak seperti biasa.. tak rajin masuk contest ni! haha!

  2. kak ain – darwisy pulak, tak boleh duduk diam kalau tak duduk kat car seat.. habis semua dia nak panjat.. jadi, jalan dekat pun kena duduk kat carseat jugak.. :P

    nurul – betul, senang kalau nak gi mana2 tanpa hubby.. kalau tak, terpaksa lah menunggu dia je bila nak keluar.. :)

    kak sue – bagus kalau kat sini pun ketatkan peraturan macam tu kan.. saya memang risau betul kalau tengok budak2 beriang ria dalam kereta nih… mengalahkan mak bapak diorang pulak risaunya.. heheheh

    kak, saya saje je memeriahkan contest nih.. tak pernah menang pun… hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s