ok, bersempena dengan musim durian di sesetengah negeri sekarang ni, aku nak bagi satu lagi resepi menu ringkas tapi sedap aku iaitu gulai tempoyak ikan patin.. hmm, aku rasa, tak ramai boleh dapat kan ikan patin kan, boleh juga guna ikan jenis lain.. tapi rasanya lain sikit lah. atau pun, boleh guna ayam.. memang sedap!
ok, resepinya ialah:
gulai tempoyak
bahan2:
tempoyak
kunyit
lada kecil (di ketuk)
garam secukup rasa
ikan/ayam
timun cina/masam
cara memasak:
1) masukkan ikan/ayam kedalam periuk bersama2 dengan tempoyak, kunyit dan lada kecil.
2) rebus sampai masak dan masukkan timun cina/masam..
3) masukkan garam secukup rasa… ![]()
senangkan? hehehehe…
ada orang masukkan juga bunga kantan dan daun kesum..
tapi, keluarga aku kurang minat masukkan bunga kantan dan daun kesum tu.. sebab, rasa macam hilang keaslian tempoyak tu.. hehehehe.. dah, nama pun menu ringkas, kan?
hah! pergi beli tempoyak sekarang! boleh masak untuk petang nanti… hehehe

timun cina kak sya?
cemana rupanya?
kalau kat kg umi ann timun cina tu tembikai…
ann,
timun cina tu yang timun besar warna oren..
kak sya pun tak tau apa nama lain timun tu…
hehehe
timun cina 2 tembikai la,yang masuk dalam tempoyak tu timun masam.
ooo, timun masam ye?
jenuh kak ngah nak ingat nama timun tu tadik..
tapi, tengok kat resepi2 orang lain, semua tulis tu timun cina..
cuba tanya kat ibu…
ye la…timun masam,orang x isi bunga kantan,dengan daun kesum sebab bukan nak masak asam, daun kunyit isi mesti lain rasa dia.
memang ada orang isi pun…
kalau kat kedai makan, sume isi benda2 tuh..
kita je tak isi.
Senang nya…tak payah masuk santan ek..masak apa2 pun sedap kalau ada ikan patin..
salam sya.
baru lagi akak masak ikan patin nih..import dr Pahang lar. Kalau akak panggil timun tua je..heheh.
Akak plak suka masuk daun kesum! Bagi bau dia naik.
anim,
memang senang.. guna tempoyak dengan kunyit je pun dah cukup..
santan? uishhh, tempoyak dengan ikan patin tu pun dah berlemak sangat,
kalau tambah dengan santan, bertambah2 lah lemaknya… heheheh
kak nik,
memang kalau kat kedai makan, semuanya letak daun kesum. tapi entah kenapalah kitorang memang tak leh letak daun kesum tu.. padahal, kalau jumpa kat tempat lain, ada daun kesum, bedal aje.. hehehe..
wah,dapat ikan patin dari pahang… sekarang ni dah mahal gile harga nya…
hohoho. saya da buat tempoyak. (mak buatkan)
bawak gi uni, tapi tatau buat gulai. xnk tanya mak, tanya mak kantoi la x terer. hahaha
sapik,
haa, try la buat guna resepi kat atas ni.. ala, yang ni simple je.. buat yang mudah dulu, nanti baru buat yang lagi banyak bahan..