semenjak akhir2 ni, entah kenapa, sering aku mendengar masalah2 keluarga yang membebankan pelajar2 aku.. yang bakal menduduki peperiksaan spm pulak tu. aku takkan masuk campur masalah diorang. sekadar mendengar apa yang diceritakan.
simpati juga aku dengan mereka. tapi, aku sekadar boleh membantu dengan memberi kata2 nasihat dan semangat sahaja. ada yang mengadu terpaksa bekerja demi mencari rezeki setelah bapa nya kehilangan kerja dan ditinggalkan ibunya.. kasihan sungguh.. sudahlah diri sendiri pun berpenyakit.. terpaksa pula mencari duit. ada juga yang tersepit di antara ibu dan bapa yang sudah bercerai. ada yang terseksa dengan bapa tiri. ada yang terpaksa jadi baby sitter anak kepada kakaknya… hmm, bermacam2 lagi lah.
kasihan, memang kasihan. tapi, kalau mak ayah pelajar tu sendiri tak kasihankan anak2 mereka? macam mana? tolonglah ibu bapa… anak2 kalian masih muda, masih banyak ilmu perlu dicari. berikanlah mereka ruang kehidupan yang selesa dan tenang supaya mereka dapat mencari ilmu dengan mudah tanpa dibebankan dengan masalah2 yang tak sepatutnya di tanggung oleh mereka. lagipun, peperiksaan lagi beberapa bulan sahaja lagi.. bagi mereka masa..
kadang2, ada pelajar bermasalah yang memberikan alasan kononnya masalah ibu bapa mereka menyebabkan mereka jadi nakal dan ponteng sekolah. ada yang terpaksa tidak datang sekolah berminggu2 kerana tiada ibu bapa di rumah. ada yang terpaksa menjaga ibu yang sakit kerana bapa tiada di rumah. hmm, tak boleh nak salahkan mereka tak datang sekolah. tapi, kesalahan tetap kesalahan. mereka masih muda untuk memahami apa yang boleh dan tidak, lebih2 lagi tanpa bimbingan ibu bapa…
tapi, nak buat macam mana kan? itu lah, ibu bapa yang bermasalah, anak2 yang jadi mangsa. kisah2 anak murid aku sebenarnya jadi tauladan untuk aku sendiri untuk memperbaiki kehidupan. supaya, anak2 aku menerima pelajaran yang sepatutnya dan tidak terganggu dengan masalah2 lain. dan, juga menjadi teladan untuk pelajar2 lain supaya lebih bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan mampu memberikan pelajaran yang baik kepada mereka…..
baca blog siti sifir ni mengenai kesan stress kepada anak2..

kesian bila tahu latar belakang pelajar2 yg mcm ini…
kita cuma dpt membantu jadi pendengar yg baik..
betul la shela…
memang itu la peranan kita..
mendengar dan membalas sms bila diperlukan… hehehehe…
macam2 masalah. kadang2 sukar nak percaya. tapi itulah realiti. Biasanya [tak semua] pelajar2 mempunyai masalah displin atau pelajaran.
Tak kurang ibu bapa yang ‘melindungi’ kesalahan anak mereka.
betul tu irtiyah…
susah nak percaya.. tapi itulah realiti nya..
diorang pun ada masalah juga…
memang kesian.. tapi, nak buat macam mana…
Setiap orang punya dugaan yang berlainan. Kerana itu kita kena bersyukur dengan kehidupan kita dan ambil ikhtibar darinya.
betul kak tie..
setiap orang ada masalah tersendiri…
semoga semuanya diberi kemudahan dalam menjalani kehidupan…
sya, memang kesian pelajar zaman sekarang ni… macam2 masalah…
ha ah kak…
macam2 masalah..
perangai pun macam2.. huhu
kesian kan pelajar2 ni..ibu bapa plak mcm tak pk kesan yg diorg bagi pada anak2.
tu lah farah…
elok lah kita ambik iktibar, kan..
mungkin sebab tekanan hidup yg dihadapi ibu bapanya yg kita tak dapat rasa. patutnya ibu bapak ni yg kene kaunseling, bukan anak2 depa.
memang betul tu lyna..
pernah juga ada satu sekolah panggil bagi ceramah kat ibu bapa pelajar bermasalah ni…
tapi, sambutannya.. huhu.. sungguh tak menggalakkan..
Memang kengkadang rasa sedih memikirkan budak2 terpaksa menanggung akibat dek keluarga kucar kacir. Kesian! Minta dijauhkan Allah …
tu lah kak lili…
diorang ni tak dapat menanggung lagi masalah keluarga diorang.. tu yang jadi pelajar bermasalah tu.. memang kesian…
moga keluarga kita semuanya aman damai…
hurm, cane nak cakap ek…
Ujian hidup yang berbeza antara semua manusia. Perlunya kekuatan menghadapi semua itu. Baik bergelar pelajar mahupun ibu bapa. Tak perlu mencari siapa silap, siapa salah, yang penting, hulurkan bantuan kepada mereka, paling minimum, simpati, bukan marah2. Bertindak mengikut keadaan seseorang. Jika tidak, mereka mula menjauh danakan terus gagal dan hanyut…
Moga tangan kita mampu melakukan sesuatu…
hmm, itu lah ummu abdullah…
dalam tulisan saya ni, tak mencari kesalahan sesiapa.. cuma membuka mata ibu bapa seperti kita supaya mengambil iktibar daripada masalah2 pelajar yang begini..
sama2 lah kita menjaga keluarga kita…