bubur lambuk ringkas

hmm, bulan puasa memang sinonim dengan bubur lambuk, kan? mula2 aku belajar masak bubur lambuk ni waktu aku duduk di rumah sewa dulu.. kawan aku, orang muar, ery yang ajarkan.. pernah sekali masa birthday aku, aku request ery masakkan bubur lambuk.. kitorang makan ramai2 satu rumah.. lepas tu, aku pulak sibuk2 memasak bubur lambuk. dan, bubur lambuk ni jadi kegemaran keluarga aku.. termasuk kegemaran keluarga mertua aku bila tiba bulan puasa…

aku gelarkan bubuk lambuk ni, bubur lambuk moden dan ringkas. sebab apa? sebab bahan2 nya sangat lah mudah, dan tak ada lah sayur2 daun yang banyak2 macam bubur lambuk kampung baru tu.. (kegemaran walid dulu2.. tiap2 kali puasa mesti nak cari bubur lambuk kg. baru. tapi, walid kata sekarang dah tak sedap macam dulu…) dan, kalau buat moreh, walid suka nak bawa bubur lambuk ke surau.. errr, tak ada lah sedap sangat pun. apa kata, kalian try lah sendiri di rumah.. ni aku bagikan resepinya…

bubur lambuk moden/ringkas

bahan2:
bawang merah – ditumbuk
bawang putih – ditumbuk
ikan bilis sedikit – ditumbuk
lada hitam – ditumbuk
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
beras satu pot (ikut suka lah nak banyak mana pun.. :P)
ayam – dipotong dadu
daging (kalau nak, taknak tak payah)
kentang – dipotong dadu
karot – dipotong dadu
bunga kobis – dipotong kecil2
santan 500 g
garam secukup rasa

cara memasak:
1) tumiskan bawang kecil + bawang putih + ikan bilis + lada hitam + rempah tumis sehingga bau wangi (jangan bau lebih2, bulan pose nih.. :P)
2) masukkan ayam/daging sehingga empuk
3) masukkan air 1/2 periuk
4) masukkan beras
5) setelah menggelegak, masukkan santan
6) masukkan kentang + karot + bunga kobis
6) taburkan garam
7) tunggu sehingga nasi bertukar menjadi bubur! hehehe… kira dah siap lah tu…

untuk hiasan dan tambah perisa, masukkan daun dup, daun bawang, ikan bilis goreng dan bawang goreng.
dan, kalau nak tambah sayur, ikut sesuka hati je.. nama pun bubur lambukkan…. :D

tips:
– bubur perlu dikacau selalu supaya tidak melekat di dasar periuk
– bubur akan meletup2, jaga muka anda ye.. :P
– kalau taknak bubur meletup2, boleh masak bubur nasi asing dan masukkan setelah semua bahan telah dicampur
– kalau nak guna santan kotak, masukkan santan sebelum angkat.. kiranya sekejap je lah santan tu..

P7030408

32 thoughts on “bubur lambuk ringkas

  1. Sedapnya…kalau kat kedah kami panggil nasik moi, tak letak santan2…mungkin juga 2 jenis bubur nasi yang berbeza…sedap tu…kalau saya, buat sup ayam lain…taruk atas bubur nasi..pastu blend cili padi dengan bawang goreng guna blender kering , pastu letak kicap…sedap…

  2. Sedapnye nampak!!!

    Kiotrg ni name je leh balik awal tp jln jem teruk sgt, tup2 sampai rmh ngam2 bukak pose. Mmg le tak sempat nak masak. Tu pun aku dah beli siap2 kat psr ramadhan dpn ofis mentara tggu hsbd aku. Kalo tggu dia dan beli sama2, pastu nak gi ambik anak lagi, last2 mmg berbuka dlm keta la jawabnya.

    Weekend ni nak kena msk bubur lambuk la. Teringin pulak slps menatap gmbr ko ni. Aku mmg suka giler bubur ni, tp hsbd aku & adrianna kureng skit.

    • ala, kesiannya ko.. kalau aku cenggitu.. memang hari2 beli je la jawabnya… huhu…

      aku dulu tak suka juga makan bubur… sebab tu bubur aku kena ada ikan bilis goreng.. hehehehe. biar ada benda nak kunyah.. :P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s