belajar bersopan santun

sebelum saya berkahwin, selain dari belajar memasak dengan ibu, saya juga suka memerhatikan cara nenek saya memasak.. adik beradik ibu ramai.. ada 14 orang semuanya.. dan, saya ada seorang ibu saudara yang sebaya saya, juga seorang bapa saudara yang lebih muda daripada saya. jadi, selain dari nenek, adik beradik ibu juga sering ‘menegur’ saya dalam memasak…

ayat2 seperti ” hai anak dara, pegang pisau bukan macam tu lah” atau ” ni anak dara apa ni potong sayur pun senget-benget?” ye.. saya remaja yang memberontak, dan sangat menyampah diperlakukan begitu.. macam lah saya ni tak pandai sangat… hehehe… masa kecik2, saya diamkan aje. tapi, bila dah besar, saya menjawab lah juga.. :P

lebih2 lagi bila saya sudah tiba masa nak berkahwin, makin banyaklah pantang larang, aturan yang perlu saya ikut.. dan ayat waktu tu pula adalah “nanti bila dekat rumah mak mertua buat macam ni, malu je laaaa”. mula la saya terfikir, susah sangat ke nak memasak kat rumah mertua nanti ye? waktu tu, semua yang saya buat tak kena.. masak sayur jangan macam tu lah, macam ni lah, begitu lah, begini lah… bukan bab memasak je.. bermacam2 bab lagi lah.. cara duduk, cara berdiri, cara ketawa, cara bercakap, segala2lah.. ye la, kira diorang bersopan santun lah.. saya ni anak dara moden.. hmm, macam2.. pening saya dibuatnya… menambahkan gementar di hati.. betul ke kat rumah mertua kena macam tu?

dan, bila saya berkahwin, pada mulanya, saya berhati2 juga.. nak masak berhati2.. nak bercakap berhati2.. nak berjalan kat tingkat atas pun berhati2, bimbang nanti dengar bunyi tapak kaki berjalan kuat sangat.. :P segala2nya lah ala2 control je.. terngiang2 bebelan ibu2 saudara saya mengenai bersopan santun di rumah mertua…

tapi, sekali mak mertua saya sempoi daaa… bila nak memasak, suka hati lah nak masak camne pun… bila nak bersembang, hah, dia pulak yang buat saya ketawa terkekeh2… bila saya berangan nak makan apa, dia yang beria2 carikan… bila saya keluar bekerja, dia juga yang basuhkan baju… huhuhu…. bila saya tak balik makan tengah hari, dia hantarkan bekal… isk, terasa saya ni menantu hantu… hehehe…

hilang semua pantang larang, aturan2 bersopan santun di rumah mertua yang ibu2 saudara saya bagi dulu.. pada saya, jadilah diri sendiri bila bersama ‘keluarga baru’.. itu lebih mudah.. dan tak perlu berpura2.. cuma, janganlah tunjukkan yang tak elok pulak.. yang tak elok tu simpan bila duduk rumah sendiri nanti.. :P tunjuk yang elok2 je laa.. yang penting, jangan berpura2 dan berlakon.. lagi nampak huduh… hehehehe

*entry ini adalah sempena memasuki bulan otak jiwang… :P

12 thoughts on “belajar bersopan santun

  1. betul tuh…sha kadang2 tgk ada kawan lebihkan mertua dari mak semata2 nak memenangi hati mertua. takut tak diterima, katanya. sampaikan benda2 yang dia buat pada kebiasaan pun dia tak buat. tp rasanya lepas 20 tahun, boleh ke?

  2. jadi diri sendiri lg best…
    alhamdulillah…nasib kita sama la sya…dpt mak mertua yg sempoi..mak mertua yg sporting…bapak mertua pun sama…tambah plak kita nih menantu sulung,seronok gak..klu bapak mertua belikan kain pasang utk mak mertua dan adik beradik suami,menantunya yg sorang ni tetap dpt jugak..hehehhe… :)
    tq to both of my mertua… :)

  3. Baguslah bila ada persediaan begitu sebenarnya. Ramai budak2 sekarang tak tahu apapun bila nak jadi isteri orang.

    Tapi, kak tie sendiri sedar…. dah terikut2 cara mentua. Mungkin sebab berjauhan dari mak dan ayah… bertahun-tahun. Namun semua yang mak dan ayah ajar kak tie takkan lupa dan sentiasa hargainya.

    • ha ah kan kak tie..
      bagus sebenarnya..
      sekurang2nya, takde lah janggal sangat bila kat rumah mertua nanti..
      dan, takde lah kena kutuk..
      hehehe…

      betul kak,
      kadang2, terikut2 pulak cara masak mak mertua bila balik rumah sendiri..
      nasib baik dua2 mak sempoi.. :P

  4. hahaha lawak ar sya…mmg betul tu…byk sgt yg DON’Ts…sama la fisa pun camtu gak…byk sgt pesanan dari PENAJA…last2 pak & mak mentua sempoi habis…’masak aper mak’..’masak jer aper2…main campak2 jer’…terkenang semasa dulu…;)

    • ha ah kan..
      mak mertua saya pun kata, campak2 je lah..
      tak yah ikut protokol sangat… hehehehe

      itu nasib dapat yang sempoi kak
      kalau dapat yang skema abis, naya jek.. hehe

  5. huhu..betul la kak sya..sampai sekarang bonda masih berleter pasal adap sopan…itu ini…jadi seram nak ke rumah mertua..
    ann masih cuba lagi sesuaikan diri dgn keluarga mertua..so kalau balik kampung hubby memang jadi pendiam yg amat la…family hubby pun kategori tak banyak cakap..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s