teh tarik kurang manis satu!!!

google

hari semalam, saya free. jadi, saya berjalan2 sekeliling pekan sambil mencari sedikit barang. dan, saya memasuki satu kedai ni…

tokei kedai: amoi, mau apa amoi?
saya: teh tarik kurang manis…

pekerja2 yang sedang melayan pelanggan lain menoleh2 kehairanan ke arah saya….

tokei kedai: ooo.. teh tarik kurang manis ye… lagi, mau apa?
saya: kopi o tanpa gula ada?
tokei kedai: kopi o tanpa gula? saya tak pasti lah… nanti saya tengok dulu..

pekerja2 kedai, dan pelanggan2 kedai semakin hairan.. mungkin dalam hati diorang berkata, siuman ke tidak diorang ni? dan, mereka semakin mendekati…

tokei kedai: haaaa!!!! ada, ada… kopi o tanpa gula ada… mau?
saya: mau, mau…

pekerja2 dan pelanggan2 kedai semakin-semakin kehairanan… dan, segera tokei kedai menunjukkan kedua2 buah buku yang saya cari… dan mereka terus ketawa terbahak2… “oh, tajuk buku rupanya!” hahaha….

memang, ‘teh tarik kurang manis’ dan ‘kopi o tanpa gula’ adalah buku2 yang ditulis oleh penulis kegemaran saya, abd. jalil ali. hehehe…. bukan minuman teh atau kopi ye… :P mungkin ada yang mengenali abd. jalil ali ni, dan mungkin ada yang tidak… tapi, saya sangat sukakan tulisan beliau.

bermula dari membaca tulisan beliau dalam sebuah majalah terbitan karangkraf, saya terus meminati tulisan beliau dan tidak mahu terlepas membacanya pada setiap keluaran. dan, tak keterlaluan jika, itu adalah muka surat yang pertama saya selak selepas membeli majalah tersebut. bila beliau tulis bahawa tulisan2 beliau telah dibukukan, saya segera mencarinya di kedai. buku yang pertama adalah ‘asam garam, gula dan kopi’. selepas itu, saya menjadi sangat sibuk, dan tidak sempat untuk mencari buku beliau yang kedua iaitu ‘teh tarik kurang manis’. dan, hari ini, kebetulan saya terasa nak shopping buku2, dan terus saya mencari kedua2 buah buku beliau yang terbaru.

tulisan beliau selalu membuatkan saya ketawa. namun begitu, disebalik tulisan beliau, banyak yang tersirat.. cara beliau menulis sedikit pun tidak membuatkan orang berkecil hati. namun, sindiran2 beliau yang tersirat membuatkan kita tersenyum dan termalu sendiri… tulisan beliau adalah realiti. bukan hipokrit. dan yang paling saya suka, apabila beliau menuliskan tentang pengalaman hidup berumahtangga. nampak kelakar, tapi, seperti saya kata tadi, ada maksud disebaliknya… itulah yang selalu menjadi sumber inspirasi tatkala menulis. tapi, masih belum mampu menulis seperti beliau. :P

itulah.. banyak yang membuatkan saya rasa, adoi… bagusnya diorang2 ni.. bukanlah menulis mengenai sesuatu yang ilmiah pun. tapi, tulisan2nya mengenai pengalaman hidup sangat bermakna dan mencuit hati ke sudut yang paling dalam. menyindir, tapi tak perlu dengan cara mengecilkan hati orang. sekadar membuatkan orang tercuit rasa dan malu sendiri…

cubalah kalian baca.. :P

19 thoughts on “teh tarik kurang manis satu!!!

    • hahaha..
      kak, saya sendiri pun sebenarnya tak faham kenapa diorang duk heran2 tengok saya dengan tokei kedai tu masa kitorang tengah duk cari2 buku tu..
      saya pun heran kenapa diorang duk datang dekat kitorang..
      sekali masa diorang ketawa tu baru saya perasan, sebab tajuk buku tu mengherankan orang… hehehe

  1. buku nieh sama macam satu buku dalam bahasa inggeris – let me eat the cake. ramai betul pembacanya. seronok kan bila cerita2 yang ditulis tuh bunyinya sinis tapi sebenarnya penuh pengajaran.

    take care,sya.
    terima kasih utk kata-kata, sya.
    selamat hari raya aidiladha.

    • betul sha…
      dah memangnya diorang ni penulis profesional…
      tulisan2nya pun sangat bermakna…

      sha,
      take care juga..
      semoga raya korban ni dapat menenangkan jiwa dan minda..
      dan kembali ceria.. :)

  2. Salam Sya,memang best baca tulisan beliau.
    saya ikuti tulisannya sejak belum kawin
    Lepas tu pernah dapat hadiah buku tulisan beliau
    dari Alaf 21 setelah karya/nukilan saya keluar di salah satu majalah terbitan karangkraf.Yang syoknya,ayah saya pun tumpang sekaki. hu hu
    salam aidil adha untuk Sya sekeluarga

  3. btul2 best n berintipati…
    perjalanan hidup saya sedikit sebanyak berpandukan pada buku2 ini…
    tak bosan untuk dibaca berulang kali,bagai mononton filem arahan p.ramlee…

  4. saya dah baca.. memang best.. tulisan beliau simple sahaja dan memang pun berlaku adalam kehidupan kita.. tapi cara penulisannya berjaya membuatkan saya berfikir panjang dan kadangkala menangis.

  5. Salam sejahtera sya….sayapun amat meminati semua tulisan n novel A. Jalil Ali ne…sejak dari dulu lagi…tulisan beliau bersaja …tapi boleh mengimbau segala kenangan zaman kanak2 di kg sehingga sekarang. Apa yg ditulis berlaku disekeliling kita dalam sinis n lucu…Kami memang sekg dgn beliau…rakan senior dan jiran tetangga dan pastinya
    kenali secara keseluruhan personaliti n family yg amat rapat dgn family saya…sehingga kini saya masih tak putus hubungan.Beliau seorang yang hebat di dunianya yg meminati bidang kewartawanan n penulisan..banyak yg saya belajar dari beliau terutama penulisan..

  6. Pingback: Indonesian food bloggers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s