maging (makan daging)

google

oh, adakah saya dah bertukar kepada spesies ‘maging’ hari ini? mentang2lah raya korban……. sebenarnya, saya dah berjanji pada diri saya sendiri (setiap kali raya puasa dan raya korban) bahawasanya saya (baca macam baca ikrar kat sekolah), akan berjanji, tidak akan, makan daging banyak2… hehehe…..

tapi, nampaknya, mulut saya mengingkari janji… huhu….

awal pagi raya, saya gembira kerana kami adik beradik berjaya memenuhkan meja dalam keadaan yang sangat sederhana… dan juga, confused – eh, ibu masak lauk ni macam mana ye? eh, ibu masak lauk tu macam mana ye? hehehe… tu lah.. nampak sangat tak tengok ibu masak dulu… takkan nak telefon ibu di kejauhan pulak… jadinya, bantai aje lah kami adik beradik ni… kira ok lah tu…

dan, lepas sembahyang raya, banyak pulak daging. permintaan ayah teh malam tadi, nak makan sup daging. huhu… bertungkus lumus kami adik beradik menyiapkan makan malam pula… menunya? daging, daging, daging… tu yang terasa jadi ‘maging’ pulak… hehehe… bukan apa, saya risau.. dulu2, kalau makan daging banyak sikit, mula lah sakit perut… harap2 nya perut saya ok kali ni. dan, saya janji takkan makan daging lagi esok.. (ye la, saya tipu) hehehehe…

esok, rancangannya korban di rumah nenek pula. saya harap, saya menepati janji… hehehe…

err, mata saya dah macam pedih2 ni… huhu…

dan, esok, nak balik ke tak? balik ke tak? balik ke tak? tak balik ke balik? tak balik ke tak balik? hehehehe. (memang best duduk tempat tanah tumpah darah ni kan? :P)

*gambar ehsan google

11 thoughts on “maging (makan daging)

  1. mata pedih2…jangan…jangan jadi macam sha okay!

    ye, mmg kita jadi karnivor bila raya nieh.
    sya sebut maging mengingatkan sha kat kerjaya sebagai cikgu biologi tuh…hehehe…
    bagus, walaupon raya sempat jugak ajar blogger lain:)

    salam aidiladha sya…
    semoga selamat di jalan raya, balik atau tak balik kampung:)

    • Alhamdulillah sha..
      malam tu sebelum tidur je pedih2..
      sekali bangun pagi, tengok ok je.. :P

      eh, sha…
      sya sengaja guna je perkataan maging tu.
      tapi, dalam mengajar, tak pernah guna pun… huhu..
      kalau cikgu bio lain baca ni, mati la kena kutuk guna perkataan maging.. hehehe

  2. salam sis.. oo yelah.. walid dan ibu sis masih di tanah suci lagi..
    mesti diorang bangga bila dapat tahu anak2nya bersatu hati, menyediakan juadah aidiladha tanpa mereka ada disisi..he..he.he..
    cerita pasal maging(curi dari word sis le ni) ni.. kelly nak story tentang en hubby ku yang memang tak makan daging.. masak lah sesedap mana pun.. takkan disentuh cuma pandang je lah.. so walaupun suka maging ni.. terpaksalah kelly kurang memasaknya..
    takkan nak ikut selera sendiri je kan.. he..he..he..

    biasalah sis.. kalau dah berkumpul dengan sanak saudara.. memang berat hati nak balik kan…
    kiss 4 darwisy.. take care..

    • ha ah kan kelly..
      kak sya pun perasan…
      masa ni lah nak belajar bekerjasama, bersatu padu dan bertoleransi.. hehehe…

      ooo, hubby kelly tak makan daging ye…
      kitorang ni pun, jaranggggg sekali makan daging… :D

  3. Ha ha…..

    Kak tie memang makan daging… tapi sejak kahwin dengan hubby dah pandai makan segala benda lagi, termasuk perut lembu, dll… kecuali batu dia, ekekeke… tak sanggup la pulak!

    • hah kak tie…
      bagusnyaaaa….
      cikgu saya pun pernah cakap cam tu.. :)
      saya ni, daging pun payah lah nak makan..
      ni pulak yang lain2 tu…
      hehehe…

      err, ada ke orang makan batu dia? hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s